DIGITAL COMPETENCY SCORE
DCS atau Digital Competency Score adalah satu penilaian murid berasaskan gamefiction untuk mengetahui kebolehan pelajar dalam TIGA aspek iaitu aspek TEKNOLOGI, DIGITAL CITIZENSHIP dan COGNETIVE

Panduan Ringkas Perlaksanaan DCS
Setiap sekolah yang terlibat perlu membuat DUA KELAS bagi setiap tahap dan jumlah pelajar adalah mengikut ketetapan berikut untuk jumlah responden yang mencukupi bagi setiap sekolah.
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Tingkatan 3 dan 5 dengan pecahan DUA KELAS berbeza tahap kebolehan
Pelajar Sekolah Rendah
Pelajar Tahun 6 dengan pecahan DUA KELAS berbeza tahap kebolehan

LANGKAH 1 : Log Masuk ID Admin
Guru Log Masuk ID admin ke laman web DCS menggunakan kod sekolah sebagai ID dan kod sekolah sebagai password.
LANGKAH 2 : Buat ID Guru
Buat ID Guru dengan mendaftar guru sebagai pentadbir kelas. Berikan ID sementara kepada guru berkenaan untuk mereka log masuk.
Guru tersebut akan mendaftar masuk dengan ID sementara dan diminta tukar ke no kad pengenalan sebagai ID tetap dan menggunakan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan.


LANGKAH 3 : Buat Kelas dan Daftarkan Murid
Setiap guru akan mendaftar kelas dan setiap kelas guru perlu memuat naik data murid berserta no kad pengenalan mereka.
Murid akan log masuk menggunakan no kad pengenalan dan 4 digit terakhir kad pengenalan sebagai password.
F.A.Q
Bilangan Kelas
SM : Tingkatan 3 sebanyak 2 kelas (minima 20 orang setiap kelas) dan begitu juga untuk Tingkatan 5
SR : Tahun 6 hanya 2 kelas sahaja (minima 20 orang bagi setiap kelas)
Cetak Sijil
Kami galakan cikgu download sijil dan muat-naik dalam Google Drive dan minta pelajar cetak sendiri di rumah.
Sistem Slow
Sila clearkan cache dan jika masih berlarutan sila hubungi BTPN masing-masing.
Saya Gagal Akses
Log masuk admin sekolah (ID KodSekolah & PW KodSekolah) dan periksa ID guru atau murid untuk pengesahan
Tahap Penglibatan DCS
Sijil yang diperolehi adalah markah peringkat Kebangsaan.
Sekolah IKM
Rujuk senarai yang dihantar kerana bilangan Responden bagi sekolah IKM adalah berbeza mengikut sekolah.
Responden ini telah ditetapkan oleh pihak EPRD
Senarai URL DCS Mengikut Negeri
Apa Itu DCS
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015. Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari masa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada 1 September – 23 November 2018.
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)

Ada Masalah ? Hubungi Meja Bantuan
Anda boleh hubungi meja bantuan melalui 011-2611 5026, BTPN dan PKG masing-masing atau melalui borang dibawah jika perlu